Cetak

Majlis Daerah Rembau Menjadi Tuan Rumah Kejohanan Karom Sukan Mala Negeri Sembilan 2025

Majlis Daerah Rembau Menjadi Tuan Rumah Kejohanan Karom Sukan Mala Negeri Sembilan 2025

Majlis Daerah Rembau telah menjadi tuan rumah Kejohanan Karom Sukan Mala Negeri Sembilan 2025 pada 18 Disember 2025 (Khamis) bertempat di Dewan Seri Rembau. Program ini melibatkan penyertaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh Negeri Sembilan iaitu Majlis Daerah Rembau, Majlis Daerah Tampin, Majlis Daerah Jelebu, Majlis Perbandaran Jempol, Majlis Daerah Kuala Pilah, Majlis Perbandaran Port Dickson, Majlis Bandaraya Seremban serta Badan Kerajaan Tempatan.

Acara berlangsung dengan lancar dan meriah, di mana semua peserta menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dalam pertandingan. Tahniah diucapkan kepada barisan peserta atas penyertaan penuh dedikasi.

Syabas dan terima kasih kepada urusetia program yang telah berjaya menganjurkan kejohanan dengan lancar dan tersusun, sekali gus menjadikan acara ini satu platform untuk memperkukuh hubungan antara PBT serta memupuk budaya sukan sihat di Negeri Sembilan.