
Majlis Penghargaan Sempena Program Rembau Fellowship Race 2025 (RFR2025)
Majlis Penghargaan Sempena Program Rembau Fellowship Race 2025 (RFR2025) telah berlangsung dengan jayanya pada 17 Disember 2025 (Rabu) bertempat di Cafe Singgahsana Rembau. Majlis ini dianjurkan oleh Majlis Daerah Rembau sebagai tanda penghargaan kepada semua ahli jawatankuasa RFR 2025 yang terdiri daripada kakitangan Majlis Daerah Rembau atas komitmen dan dedikasi yang telah diberikan sepanjang menjayakan program ini.
Majlis ini turut dihadiri oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Rembau, Mohd Zamri bin Mohd Esa, yang sekali gus menambah seri majlis.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung kerana telah berjaya menganjurkan majlis ini dengan lancar. Diharapkan Program Rembau Fellowship Race akan terus dilaksanakan pada masa akan datang dengan pengisian yang lebih menarik serta memberi manfaat kepada semua pihak.