
Operasi Waran 'F' di Kawasan Pentadbiran Majlis Daerah Rembau
Tarikh: 11 Disember 2025 (Khamis)
Jabatan : Bahagian Penilaian & Pengurusan Harta bekerjasama dengan Bahagian Penguatkuasaan Majlis Daerah Rembau
Lokasi: Taman Pedas Perdana & Taman Mawar Ehsan
Majlis Daerah Rembau telah melaksanakan Operasi Waran âFâ bagi memeriksa kediaman yang mempunyai tunggakan cukai. Sepanjang operasi, pasukan bertugas melakukan pemeriksaan dari rumah ke rumah dan menampal notis pada pintu pagar kediaman yang masih gagal menjelaskan tunggakan tersebut.
Diharapkan operasi ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan membuat pembayaran cukai tepat pada masanya, seterusnya membantu memperkukuh hasil PBT demi pembangunan dan perkhidmatan yang lebih baik untuk komuniti.