
Operasi Waran 'F' di Sekitar Majlis Daerah Rembau
Tarikh : 9 Disember 2025 (Selasa)
Penganjur : Bahagian Penilaian & Pengurusan Harta dengan kerjasama Bahagian Penguatkuasaan
Lokasi : Taman KSNS, Taman Dato Sedia Raja & Taman Desa Permai Pedas
Majlis Daerah Rembau telah melaksanakan Operasi Waran ‘F’ di beberapa taman perumahan terlibat bagi memeriksa pematuhan cukai taksiran serta mengenal pasti premis yang masih mempunyai tunggakan. Semasa operasi, notis turut ditampal pada pintu pagar kediaman yang gagal menjelaskan tunggakan sebagai tindakan pemakluman rasmi kepada pemilik.
Operasi ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjelaskan cukai taksiran tepat pada masanya, seterusnya membantu kelancaran kutipan hasil bagi memperkukuh pembangunan dan perkhidmatan di kawasan pentadbiran Majlis Daerah Rembau.