
Operasi Penangkapan Anjing Liar 2.0 (2025)
Tarikh: 6 Disember 2025 (Sabtu)
Anjuran: Majlis Daerah Rembau
Lokasi: Sekitar kawasan MDR
Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan Majlis Daerah Rembau yang diketuai oleh Cik Noranisah Mohamed Nor bersama Norman Vet dan pihak NGO telah menjalankan Operasi
Penangkapan Anjing Liar 2.0 di sekitar Pekan Rembau, Taman Desa Permai Kundur dan Taman Pedas Indah.
Operasi pada kali ini juga turut mendapat bantuan daripada petugas di Klinik Desa Pedas Hilir. Operasi berjalan dengan lancar dan berjaya dengan hasil tangkapan 12 ekor anjing liar.
Tujuan operasi ini adalah untuk mengawal populasi anjing liar dan memastikan kawasan sekitar lebih bersih, selamat dan teratur. Pusat penempatan anjing terbiar juga terus dipantau agar tidak menjadi lokasi pembuangan anjing dari luar kawasan MDR.
Terima kasih kepada semua yang terlibat atas kerjasama padu. Semoga usaha ini membantu meningkatkan keselamatan dan membuatkan penduduk setempat berasa lebih tenang dan selamat.