Cetak

Operasi Waran 'F' Daerah Rembau

OPERASI WARAN 'F' DAERAH REMBAU
Majlis Daerah Rembau telah melaksanakan Operasi Waran ‘F’ di beberapa lokasi sekitar daerah Rembau. Operasi ini dijalankan oleh Bahagian Penilaian & Pengurusan Harta dengan kerjasama Bahagian Penguatkuasaan.
Tindakan ini bertujuan memastikan pemilik harta melunaskan Cukai Taksiran Am serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pembayaran cukai demi kemudahan dan pembangunan komuniti setempat. Operasi Waran ‘F’ ini juga akan diteruskan dari semasa ke semasa di kawasan lain dalam daerah Rembau.
Majlis Daerah Rembau menggalakkan para pemilik harta terutama di dalam kawasan Daerah Rembau untuk menyelesaikan cukai tepat pada waktunya. Kerjasama anda adalah sangat dihargai dalam membantu mengelakkan tindakan lanjut serta memastikan perkhidmatan dan pembangunan di kawasan Daerah Rembau terus berjalan lancar.