Cetak

Kejohanan Sukan Mala Negeri Sembilan 2025 – Acara Congkak

Kejohanan Sukan Mala Negeri Sembilan 2025 – Acara Congkak
Pertandingan ini telah berlangsung dengan meriah pada 16 Ogos 2025 di Kompleks Arena Tampin yang menjadi medan persaingan sengit dalam Kejohanan Sukan Mala Negeri Sembilan 2025 bagi acara congkak yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Tampin.
Acara ini berjaya menghimpunkan peserta daripada pelbagai organisasi utama termasuk SUK Negeri Sembilan, Majlis Bandaraya Seremban, Majlis Perbandaran Port Dickson, Majlis Perbandaran Jempol serta beberapa Majlis Daerah seperti Majlis Daerah Jelebu, Majlis Daerah Kuala Pilah, Majlis Daerah Rembau dan Majlis Daerah Tampin.
Kejohanan ini bukan sahaja menjadi platform memupuk semangat kesukanan dan kerjasama antara pihak berkuasa tempatan, malah turut mengangkat permainan tradisional congkak sebagai warisan budaya yang terus relevan dan diminati generasi muda.
Dengan suasana yang meriah dan persaingan yang kompetitif, acara congkak tahun ini telah meninggalkan kesan positif serta mempererat hubungan antara komuniti di Negeri Sembilan.