Cetak

Majlis Apresiasi Inovasi Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2025

🎉 Tahniah Majlis Daerah Rembau! 🎉
Kejayaan membanggakan buat Majlis Daerah Rembau (MDR) apabila kumpulan MDR Trooper berjaya merangkul Anugerah Inovasi Berpotensi sempena Majlis Apresiasi Inovasi Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2025, yang telah berlangsung dengan penuh meriah pada 4 November 2025 (Selasa) di Royale Chulan Seremban.
Pengiktirafan ini diberikan atas kejayaan projek Sistem Laporan Bersepadu (S.L.A.B) — satu inisiatif inovatif yang memperkukuh kecekapan serta ketelusan dalam penyampaian perkhidmatan.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua ahli pasukan MDR Trooper atas dedikasi, semangat inovasi dan kerja berpasukan yang luar biasa. 🌟
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak idea baharu serta memperkukuh budaya inovasi dalam perkhidmatan awam Negeri Sembilan. 💪✨