PORT DICKSON, 26 Julai 2025 – Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) telah menganjurkan Kejohanan Badminton MALA Negeri Sembilan 2025, bertempat di NZ Badminton Arena. Program ini bertujuan untuk memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan kakitangan serta mengeratkan silaturahim antara peserta pelbagai agensi.
Kejohanan ini menyaksikan penyertaan aktif daripada pelbagai pihak termasuk BKT Negeri Sembilan, Majlis Bandaraya Seremban, Majlis Perbandaran Jempol, dan beberapa majlis daerah seperti Majlis Daerah Jelebu, Majlis Daerah Kuala Pilah, Majlis Daerah Rembau dan Majlis Daerah Tampin.
Acara berjalan lancar dalam suasana penuh semangat kesukanan antara para peserta.