Perkhidmatan Bas henti-henti Rentas N9 dapat menjana kesejahteraan rakyat dengan meningkatkan mobilasi terutama penduduk luar bandar. Perkidmatan ini selari dengan aspirasi Mara dan kerajaan negeri sembilan untuk menyokong pembinaan sosio ekonomi komuniti luar bandar. Aspek pendidikan rakyat turut dititik beratkan dengan membekalkan sistem pengangkutan alternatif kepada para pelajar dan masyarakat yang terdiri dari golongan B40.
Perkhidmatan Bas henti-henti Rentas N9 bertujuan untuk menghubungkan kawasan bandar dan luar bandar dengan lebih efisyen melalui jadual masa yang telah ditetapkan agar dapat membantu penduduk setempat supaya lebih mudah berulang-alik ke tempat kerja, sekolah dan pelbagai lokasi lain. Kemudahan pengangkutan awam yang baik dapat meningkatkan produktiviti dan taraf hidup penduduk.
Perkhidmatan RENTAS NS akan bermula dari Kampung Cuai melalui Kampung Chembong Kechil, Sepri Pedas, Kundur sehingga ke Rumah Rakyat Linggi manakala satu lagi laluan ialah dari Kampung Senama Hilir Melalui Mampong, Kampung Pulau Mampat, Durian Daun, Pilin Paya Lebar Dalam dan Klinik Kesihatan Lubok China.