Bahasa Melayu |English | Bahasa Lain
  Rss JPA   Rss  
Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman  
Portal Rasmi Majlis Daerah Rembau

 

SELAMAT DATANG KE REMBAU
 
Majlis Daerah Rembau sebagai sebuah badan penguasa tempatan telah ditubuhkan pada 1 Julai 1980 menerusi Perisytiharan Warta Kerajaan Negeri No. 334 bertarikh 23 Jun 1980. Ianya adalah sebuah badan penguasa tempatan yang tertakluk dibawah peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

 

maklumat lanjut

   
Set Semula
Text Size: [A+] [A] [A-] Tema   :   Latar belakang 1 Latar belakang 2 Latar belakang 3 Bantuan OKU:  
Jurnal kongteng
 TEMPAT - TEMPAT MENARIK


REPLIKA ISTANA RAJA MELEWAR


Replika Istana Raja Melewar

 

 

  • Replika Istana Raja Melewar telah dibuka kepada orang ramai semenjak September 2004. Replika yang bernilai 2.7 juta ini merupakan daya usaha Pejabat Daerah Rembau dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri Sembilan dengan bantuan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Tujuan pembinaan Replika ini adalah sebagai objek pelancongan bersejarah agar dapat mengingatkan kembali rekabentuk asal Istana Raja Melewar yang pernah diduduki di tapak asal ini. Pejabat Daerah Rembau telah mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Sembilan agar pengisian muzium diamanahkan kepada Lembaga Muzium Negeri dengan konsep dan objektif yang sesuai dengan latar belakang bangunan dan sejarah Rembau.
     

HUTAN LIPUR GUNUNG DATUK

 

Hutan Lipur Gunung Datuk

 

  • Gunung Datuk adalah puncak tertinggi di daerah ini dengan ketinggian melebihi 2,900 kaki dan di gunung ini juga letaknya tapak asal pokok Merbau yang mana nama daerah ini diperolehi. Pendaki gunung yang sampai di kemuncaknya boleh melihat pemandangan yang luas di bahagian barat dari gunung - gunung Sungai Ujong menyeberangi pinggir laut hingga ke Selat Melaka. Gunung ini juga kaya dengan lagenda, antaranya tapak kaki di puncaknya yang menyumbang kepada legenda pahlawan Melayu, Hang Tuah, yang dikatakan berhenti seketika sebelum meneruskan perjalanan ke Tanjung Tuan.

 

Bookmark and Share
Paparan : 1252
Tarikh Akhir Dikemaskini : 25 Ogos 2010
Paparan : 922768