Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta
Objektif
- Menjana sumber hasil utama majlis daripada kadaran/cukai taksiran.
- Meningkatkan sumber hasil hasil lain khasnya daripada sewaan dan pajakan supaya pendapatan majlis tidak bergantung semata-mata daripada kadaran.
Fungsi
- Penilaian kadaran menaksirkan nilai tahunan bagi maksud cukai taksiran dan caruman membantu kadar seluruh hartanah berkadar dalam kawasan majlis
- Pengurusan harta - menguruskan sewaan hartanah milik Majlis di bawah kategori gerai, pasar, kiosk, tapak penjaja dan tanah pajakan.
- Menyediakan Senarai Nilaian bagi semua jenis harta yang terletak di kawasan kadaran bagi tujuan Cukai Taksiran Am;
- Menjalankan penilaian dan menyediakan Senarai Nilaian terhadap semua bangunan milik Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Badan – Badan Berkanun yang terletak di dalam kawasan kadaran untuk maksud Caruman Membantu Kadar;
- Menjalankan kerja – kerja pindaan Senarai Nilaian dari masa ke semasa mengikut “ Tone Of The List ” yang telah diwartakan penguatkuasaannya pada 1 Julai 1984 dari masa ke semasa hingga ke satu tarikh yang akan ditentukan oleh Majlis dan Pihak Berkuasa Negeri;
- Menyediakan, memeriksa dan mengesahkan laporan mengenai rumah runtuh atau terbakar untuk dibatalkan dari Senarai Nilaian dan di dalam kes rumah kosong untuk di pulangkan balik hasil;
- Mendaftarkan pindahmilik harta ke dalam Pengkalan Data, Fail Pegangan dan Buku Daftar Cukai Taksiran;
- Menyediakan kenyataan dalam Warta Kerajaan bagi menjalankan kuasa – kuasa yang diberi di bawah Seksyen 127, Akta Kerajaan Tempatan 1976;
- Menguruskan pengeluaran Bil – Bil Cukai Taksiran bagi separuh tahun pertama atau penggal pertama dan separuh tahun kedua atau penggal kedua;
- Menyimpan pelan – pelan yang menunjukkan sempadan – sempadan kawasan Majlis yang telah di wartakan;
- Mengemaskini rekod – rekod melalui Penilaian Semula yang dilakukan setiap lima ( 5 ) tahun.
- Penilaian semula di buat 5 tahun sekali bergantung kepada kelulusan Pihak Berkuasa Negeri;
- Bil – Bil Cukai Taksiran akan dikeluarkan selewatnya – lewatnya pada 15 Januari bagi penggal pertama dan 15 Julai bagi penggal kedua;
- Memastikan penilaian bagi Pindaan Senarai Nilaian yang telah dikeluarkan Sijil Layak menduduki dikenakan cukai dalam tempoh 3 bulan dari tarikh diterima dan didaftarkan dalam Buku Daftar;
- Setiap bantahan yang memenuhi kehendak Seksyen 142, Akta Kerajaan Tempatan 1976 akan diperdengarkan dan diberi jawapan dalam tempoh 1 bulan selepas pendengaran;
- Memastikan kadar cukai yang dikenakan adil, wajar dan munasabah mengikut kaedah penilaian yang ditetapkan;
- Memastikan kutipan Cukai Taksiran semasa dan tunggakan dikutip mengikut sasaran Jabatan;
- Memproses dan membuat keputusan ke atas permohonan dalam tempoh dan syarat seperti berikut :
| | | | | - Memastikan permohonan pertukaran nama Buku Daftar Cukai Taksiran di proses dalam tempoh 14 hari bekerja jika memenuhi kehendak Seksyen 160, Akta Kerajaan Tempatan 1976;
- Memastikan permohonan mendapatkan carian rasmi di proses dalam tempoh 7 hari bekerja, manakala permohonan carian persendirian yang disertakan dengan dokumen lengkap akan diproses dalam tempoh 30 minit;
- Memastikan permohonan Elaun Kekosongan di proses dalam tempoh 30 hari bekerja selepas tamat tempoh penggal tahun yang di pohon jika memenuhi kehendak Seksyen 162, Akta Kerajaan Tempatan 1976;
- Memastikan permohonan alamat pos Bil Cukai Taksiran di proses dalam tempoh 5 hari bekerja
|
| MATLAMAT BAHAGIAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA MAJLIS DAERAH REMBAU | |
- Bertanggungjawab mempertingkatkan hasil Majlis dari punca hasil Cukai Taksiran Am dan Caruman Membantu Kadar yang wajar dan munasabah
- Mewujudkan perkhidmatan Jabatan yang bernilai, dinamik dan profesional secara bersesuaian, berkesan dan berterusan;
- Berusaha meningkatkan keberkesanan sistem pengurusan cukai harta melalui pengkomputeran dan pengurusan yang berkualiti;
- Bergerak ke arah MS ISO.
| OBJEKTIF BAHAGIAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA MAJLIS DAERAH REMBAU | |
- Menwujudkan perkhidmatan jabatan yang bernilai,dinamik dan profesional secara bersesuaian.berkesan dan berterusan
- Berusaha meningkatkan keberkesanan sistem pengurusan cukai harta melalui perkomputeran dan pengurusan yang berkualiti
| PERKHIDMATAN UTAMA BAHAGIAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA KEPADA ORANG AWAM MAJLIS DAERAH REMBAU |
- Memastikan penguatkuasaan cukai taksiran adalah adil kepada pembayar cukai dalam kawasan pentadbiran Majlis Daerah Rembau
|
| |
| VISI BAHAGIAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA MAJLIS DAERAH REMBAU | |
- Kearah perkhidmatan yang dinamik dan berkualiti
| |
| MISI BAHAGIAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA MAJLIS DAERAH REMBAU | |
- Berusaha secara dinamik dan berterusan dalam memberi perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan
| |