Lokasi
![]()
Rembau adalah sebuah daerah di Negeri Sembilan yang terletak di arah selatan bersempadan dengan Negeri Melaka. Daerah Rembau seluas 402.76 kilometer persegi atau 41,512 hektar dengan penduduk seramai 43,011 (2010) orang yang mendiami 17 mukim mengandungi 204 buah kampung. Penduduk daerah ini majoritinya adalah petani, kakitangan kerajaan, pekerja perkilangan di kawasan perindustrian daerah atau di Seremban. |
Mukim
Pedas, Kundur, Tanjung Kling, Chembong, Batu Hampar, Selemak, Sepri, Pilin, Nerasau, Chengkau, Bongek, Titian Bintangor, Semerbok, Legong Ulu,, Miku, Legong Hilir, Gadong. |
Pekan Kecil |
Parlimen
Daerah ini mempunyai satu kawasan parlimen iaitu Parlimen Rembau dan dua kawasan undangan negeri iaitu Chembong dan Kota. DUN Paroi dan Rantau terletak dalam pentadbiran daerah Seremban. * Ahli Parlimen Rembau (2004/2009) ialah YB. Tuan Khairy Jamaludin .................................................................................................................................... |
Asal-usul
Menurut sejarah, Rembau asalnya adalah antara tempat mendarat terawal orang-orang Minangkabau dari Sumatera. Adat Perpatih telah dibawa masuk oleh orang Minangkabau. Mereka membuka perkampungan di sini dan ramai yang berkahwin dengan penduduk asli di daerah ini. Semasa pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka dipercayai Rembau adalah sebahagian daripada jajahan Melaka. Orang-orang Rembau pernah berperang dengan orang-orang Naning, Melaka pimpinan Haji Dol Said. Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama, Raja Melewar, ditabalkan di Rembau iaitu di Kampung Penajis dan bersemayam di Kampung Astana Raja. Baginda mangkat di Rembau dan makamnya masih ada di Rembau. Undang Rembau pada masa ini ialah Dato' Haji Muhammad Sharif bin Othman. |
- Laman Utama
- MD Rembau
- Rakyat
- Perniagaan
- Pelawat
- Maklum Balas