MENU

Selamat Datang Ke Majlis Daerah Rembau

Privacy Policy

MYHRMIS MOBILE . . . . . Peta
Laman

 

 

NOTIS MAKLUMAN
LARANGAN PENGGUNAAN BEG PLASTIKI POLISTERINA / PENYEDUT MINUMAN

Dimaklumkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Sembilan yang bersidang pada 5hb Oktober 2022 telah menimbangkan Kertas Mesyuarat No. 2180/2022 dan mengambil keputusan Bersetuju dengan permohonan Cadangan Pelaksanaan Larangan Penggunaan Beg Plastik Sekali Guna Dan Polisterina Serta Penggunaan Penyedut Minuman Atas Permintaan Oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Seluruh Negeri Sembilan. Mengikut Para 5.4 Kertas Mesyuarat No. 2180/2022 tiada caj boleh dikenakan kepada pelanggan ke atas penyediaan beg plastik jenis biodegradasi /beg kertas/ kain/ jaring yang dibuat secara sukarela oleh pemegang lesen perniagaan di setiap PBT.