JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN
PEGAWAI TADBIR (SETIAUSAHA)
|
- BAHAGIAN PENTADBIRAN
-
Menguruskan pentadbiran unit-unit Majlis
-
Melaksanakan tugas-tugas pentadbiran am termasuk surat-surat, aduan awam, panggilan telefon keluar masuk.
-
Mengendalikan pengurusan tenaga manusia iaitu perjawatan dan perkhidmatan kakitangan, perlantikan, latihan dan pesaraan.
-
Mengurusetia dan menyelaras mesyuarat di peringkat Majlis dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan.
-
Mengurus pembelian/perolehan bekalan pejabat, kenderaan, pakaian seragam dan perkhidmatan insurans.
-
Menyelaraskan program bagi acara-acara sambutan dan perayaan serta majlis keraian.
-
Melaksanakan penguatkuasaan ke atas undang-undang dan peraturan Majlis.
|
- BAHAGIAN PENGURUSAN
-
Menyediakan program latihan berkaitan pembangunan sumber manusia dan lain-lain seminar.
-
Mengawal dan menyelaras aktiviti dan program agensi kerajaan dan swasta.
-
Mengendali, menyemak dan menguruskan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) untuk penduduk-penduduk dalam kawasan Majlis Daerah Rembau.
-
Membuat siasatan ke atas semua permohonan PPKB dan menyediakan laporan untuk tindakan Jabatan.
-
Menyemak dan menghantar semua laporan-laporan yang berkaitan dengan PPKB untuk tindakan Kementerian.
-
Mengendalikan dan menguruskan perjalanan Mesyuarat MBJ.
|
- BAHAGIAN PENGUATKUASAAN
-
Menguruskan kes-kes perniagaan tanpa lesen dan bangunan tanpa kebenaran.
-
Mengeluarkan kompaun terhadap kesalahan mengikut Akta Kerajaan Tempatan / Undang-undang Kecil.
-
Mengendalikan operas meroboh binaan haram atau menangkap lembu/kerbau yang berkeliaran serta mengambil tindakan atas permis yang menimbulkan kacau ganggu.
-
Mengambil tindakan mensita harta-benda peganan yang gagal menjelaskan tunggakan cukai taksiran.
-
Siasatan ke atas fail-fail dari semua bahagian yang memerlukan tindakan penguatkuasa.
|
|