Syarat Penyewaan / Penggunaan Yang Perlu Dipatuhi : -
- Menjelaskan bayaran sewaan selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh pemasangan / penghantaran TERMASUK bayaran deposit.
- Peraturan memasang banner / backdrop
- Pihak tuan dikehendaki menggunakan stapler / paku tekan SAHAJA
- Tidak dibenarkan memasang apa-apa hiasan di dinding dewan sebelah hadapan dan di bahagian sistem penebat bunyi walaupun menggunakan pelekat ‘double side tape’ atau apa-apa sahaja bahan pelekat termasuk stapler dan paku tekan.
- Memastikan kebersihan dewan sepanjang waktu penggunaan dan membersihkan dewan selepas penggunaan.
- Segala kerosakan dewan dan peralatan adalah menjadi tanggungjawab pengguna. Jika didapati berlaku sebarang kerosakan, bayaran deposit tidak akan dikembalikan bagi penyewaan dewan serta tuntutan kerosakan akan dikemukakan bagi kerosakan peralatan.
- Pihak Majlis Daerah Rembau berhak meminda atau membatalkan tempahan sewaan dewan dan peralatan, sekiranya terdapat majlis
- majlis rasmi kerajaan yang berlangsung pada tarikh yang sama dengan
- tempahan dewan dan peralatan oleh pihak penyewa.
- Notis pemberitahuan pemindaan atau pembatalan sewaan akan dikeluarkan dalam tempoh 45 hari sebelum tarikh sewaan.
- Pihak Majlis Daerah Rembau akan memulangkan semula segala pembayaran yang telah dijelaskan oleh penyewa sekiranya berlaku pembatalan sewaan.